yeah..
merdeka..
hmm.. 31 Dis 2008.. tarikh dimana aku memulakan kerjaya aku sebagai seorang penganggur..
yeah, erti kata lain aku telah menamatkan pengajian aku sbagai seorang pelajar diploma..
hahaha..
sepatutnya 17 Dis 2008 lg aku boleh memulakan kerjaya aku sebagai seorang penganggur.. namun, hasrat tersebut gagal apabila aku tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.. bukan sebab aku MALAS.. tapi sebab ralat telah berlaku pada projek akhir aku..
yap.. Kelantan Ekstrim Metal tidak dapat disiapkan pada tarikh yang dikehendaki.. ermm, pembetulan.. kerana beberapa masaalah teknikal, Kelantan Ekstrim Metal xdapat di selamatkan sebagai format video.. e.g: *.avi,*.mpg,*.blablabla..
ralat tersebut blaku betol2 sari sbelum tayangan awam.. hampagas..
aku call lect aku dan beri alasan tersebut.. dan aku beri 1 penyelesaian untuk masalah nh ngan membawa komputer aku yang "sihat, besar, lagi canggih" ini ke kolej aku untuk mempertontonkan Kelantan Ekstrim Metal kepada awam.. alasan tuh ditrima ngan baik oleh lect aku.. dan aku yang xbrape cukup tido nh bawak komputer aku kesana.. dengan sabar aku menunggu giliran.. satu demi satu.. sampai turn aku.. aku skip.. mintak untuk turn paling last.. alasan, aku kne pakai pc sndiri.. alasan ditrima.. giliran diteruskan lagi dan sampai la turn aku yang paling last.. aku ngan terhegeh2 mengheret komputer aku kedepan dalam keadaan muka tembok.. hahaha.. dan kebodohan berlaku skali lagi.. kabel yang dipakai oleh projekter tuh kabel RGB, disebabkan komputer aku "canggih" dia pakai kabel digital.. aku jadi mangsa.. stelah puas dimarahi oleh lect aku, aku diberi lagi peluang untuk pertontonkannya pada 30hb.. haha.. aku bersyukur..
tp kegumbiraan aku xkekal.. aku pikirkan, ralat yang berlaku ketika aku cuba selamatkan fail2 tadi kerana virus2 yang menjangkiti pc aku.. lalu aku format smula pc tersebut.. slepas komputer aku diformat ngan jayanya, aku pun cuba la nk save balik file2 td.. yet, keBulshittan tlah berlaku.. file projek aku hilang ntah kemana.. hahaha.. aku nak naik gila dan pasang niat ntok give up.. uhuhuk.. aku cuba cari balik file tuh ngan "file recovery".. misi tuh GAGAL!! aku cuba ntok give up kembali..
tp cubaan utk give up tuh xberjaya, sebab aku yakin yang aku mampu siapkan smula Kelantan Ektrim Metal from zero to hero.. berbekalkan keyakinan aku tadi.. aku buat smula Kelantan Ekstrim Metal.. dalam masa semalaman Kelantan Ekstrim Metal berjaya disiapkan.. aku gumbira..
namun, kegumbiraan tuh x kekal lama.. aku cuba untuk convert ke format video.. misi tuh GAGAL!! ralat yang sama berlaku.. aku nk give up trus.. macam nk call lect aku dan cakap kat beliau yang aku akan jumpa balik beliau pada semester hadapan.. biarpun masa tuh dah pkl 4pg.. aku beranggapan, mungkin software tuh yang rosak.. well, what the hell.. aku cuba2 ngan alternetif lain.. cubaan tuh membuahkan hasil.. kegirangan kembali bersinar dimataku. ahhaha.. aku guna alternatif tuh.. smua skali slamat di convert pd pkl 10.45pg.. 5 file kesemuanya.. berbekalkan pendrive 4gb aku tuh, aku memecut waja yang aku pinjam dari mak aku selaju yang mungkin biarpun waktu tu hujan lebat.. sebab, lect aku cakap "skiranya awak xsampai pkl 11 sharp.. xpayah present!!" sampai d kolej kul 10.54.. aku terus pi ke bilik lect, jumpa lect aku cakap yang mende nh baru siap diconvert dan aku xsempat buat persediaan yang lain e.g. poster, story board, buku report.. lect aku ckp "awk punyer kes nh btol2 spesel kes.. dh, pegi transfer" aku senyum dan dengan girangnya aku mentransfer file2 tuh ke dalam pc lab.. amek masa aku rase macam +-1jam.. hahaaha.. salahkan pc tuh..
aku insan pertama yang wat presentation.. aku bg sdikit ucapan yg disertai pujian ikhlas aku tuju khas pada lect aku.. aku trus tayang video tuh dan duduk.. aku dh xmampu berdiri dengan megah.. hahaha..
hmm.. presentation tuh ok laa.. tp aku xpuas ati sgt sbb speaker xkuat.. xpuas ati sebab xsmua org dengar apa yang video tuh nk sampaikan.. xkisah sangat sbb aku rasa dh xlayak nk demand2 speaker yang lebih baik.. janji lect aku dengar apa yang video tuh nk sampaikan aku dah kira ok.. dan dia dengar biarpun xbrapa jelas..
then, komen dari beliau.. "ok, hr ni sy dh dapat 1 informasi yang baru" ayat tuh buat aku rasa berbaloi penat lelah dan wang ringgit yang aku curahkan ke dalam Kelantan Ekstrim Metal..
lepas tuh aku mula tarik nafas lega.. hehe..
wokeyy.. aku rasa nnt aku crite ngan lebih detail apekebenda tuh Kelantan Ekstrim Metal..
for now, biarlah aku rehat ngan cukup biarpun dh sminggu dah aku rehat masih x cukup2..
Ribuan trimakasih pada Cik Eda Rahayu untuk smua jasa dan kesabaran beliau melayan karenah aku.. then, for Jargon Of Evil, bro, tanpa lu, gua rasa projek nh xkemana.. mama dan abah, kalian terbaik kerana sapot anaknda mu ini 100%..
*gua kononnya bercucuran airmata kegumbiraan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment